Selasa, 03 Maret 2015

Pengertian Islam, iman dan ihsan

Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh,
aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu.
Manakala ihsan pula ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat jahat). Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t. semata-mata.
Tahukah anda, mengapa sebagai seorang Muslim, kita wajib tunduk kepada Allah s.w.t.? Jawapannya mudah. Ini adalah kerana maksud Islam dalam bahasa Arab ialah tunduk kepada Allah s.w.t. – Lisan al-Arab.

0 komentar:

Posting Komentar

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Al-Huda Group. Diberdayakan oleh Blogger.